Bahan-Bahan
6 Bahan diperlukan dalam menyediakan Coconut Shake Klebang
3 sudu besar serbuk MIX-LAH
1 sudu kecil susu cair
2 scoop aiskrim vanilla
Ais Kiub secukupnya
Air secukupnya
1 sudu besar instant pearl
Cara Penyediaan
Sudahlah terik pukul 12 tengah hari. Dalam kereta pasang air cond pun terasa panas. Kerja duk dalam office pun terasa panas. Apalagi yang kerja tak ada aircond. Siaplah mandi peluh dan dahaga. Panas-panas macam gini memang lebih puas kalau dapat minum yang sejuk-sejuk.
Coconut shake lah pilihannya! Konfirm boleh hilangkan dahaga anda. Rasai segar air kelapa dan isinya yang anda sedut terus masuk ke dalam tekak anda. Membuat tenaga anda seperti diisi kembali. Rasa manis dan kental aiskrim vanilla. Pergh sedap gila!
Kalau nak dapat coconut shake klebang ni nak kena ke melaka. Apakata kalau anda cuba buat pulak di rumah. Kami kembali lagi dengan resepi baru. Haaaa.. kali ni kami buat versi Mixlah pula. Sila tonton & jangan lupa turn ON suara/sound ye?
Bahan Hiasan
1 Scoop Ais Krim Vanila, Chocolate Chip
Cara Penyediaan
– Masukkan ais ketul secukupnya ke dalam blender.
– Masukkan 3 sudu besar Serbuk Coconut Mixlah , 1 sudu kecil susu pekat dan kemudian kisar hingga hancur.
– Kemudian masukan 1 scoop ais krim vanilla kemudian kisar seketika.
– Masukan Instant Pearl kedalam gelas/cawan
– Tuang Coconut shake tadi kedalam gelas/cawan
– Sebagai hiasan, letak ais krim vanila diatas coconut shake tadi dan tabur chocolate untuk Nampak lebih menyelerakan.
– Kalau ada isi dan air kelapa blend sekali lagi sedap.
– Dah siap, sedia untuk diminum.