Inspire Beverage Business

CLOSE

Tips Perusahaan IKS (Industri Kecil dan Sederhana) Dalam Bidang Minuman

Perusahaan minuman tidak asing lagi dikalangan peniaga-peniaga kecil yang mahu menceburi bidang perniagaan. Hal ini kerana, perusahaan minuman ini mempunyai potensi yang baik malah ia dihasilkan bertujuan memenuhi kehendak pasaran setempat.

Walaupun telah banyak IKS/SME yang menceburi perusahaan minuman ini, tetapi bidang ini masih mempunyai peluang perniagaan pasaran yang tinggi. Perniagaan makanan dan minuman sentiasa mempunyai pasaran yang baik kerana makan dan minuman merupakan keperluan asas harian. Ini menyebabkan perusahaan dalam sector ini boleh dikatakan tidak akan gagal, selagi IKS/SME mementingkan aspek-aspek berikut. Berikut adalah beberapa panduan menjalankan perusahaan IKS/SME dalam bidang minuman:

1.Perisa yang mengikuti cita rasa masyarakat

Perisa merupakan faktor penting dalam perusahaan makanan dan minuman. Untuk menghasilkan sesuatu perisa yang mengikuti citarasa masyarakat setempat, anda perlu melakukan pemerhatian dengan mengunjungi beberapa tempat yang memang sudah mempunyai ramai pelanggan. Kaji ciri-ciri khas makanan atau minuman tersebut. Jangan lupa untuk mencubanya di rumah sehingga mendapat rasa yang diingini. Cuba lakukan inovasi hebat yang mampu menarik pelanggan, dan jangan gunakan bahan tambahan yang boleh membahayakan kesihatan pelanggan, seperti pemanis tambahan, pengawet, perwarna tiruan dan lain-lain.

2.Sentiasa Menjaga kualiti minuman

Pada peringkat awal biasanya terdapat banyak perkara yang harus anda perbaiki terutamanya dari segi rasa. Anda boleh mendapat komen dari ahli-ahli keluarga dan rakan-rakan tentang rasa minuman tersebut. Mengedarkan minuman secara percuma kepada mereka juga merupakan salah satu langkah yang baik dalam mempromosikan minuman anda.

3.Layanan dan penampilan yang menarik

Kedua-dua faktor ini amat penting bagi menarik perhatian pelanggan. Sentiasa bersikap ramah dengan pengunjung yang datang ke tempat anda. Ingatlah bahawa “pembeli adalah raja”. Ini bermaksud kita harus melayan mereka dengan sopan dan beretika. Beri perhatian terhadap sajian minuman anda; berikan penampilan yang menarik kepada produk anda supaya pelanggan merasa tertarik. Apa salahnya jika anda memberikan bungkusan yang cantik untuk setiap minuman yang dijual.

4.Mengembangkan perniagaan dalam bentuk francais

Jika satu premis perniagaan anda telah berjaya, tidak salah jika anda cuba untuk memperkembangkan perusahaan anda. Sistem francais boleh membantu perniagaan anda berkembang dan menjangkau lebih luas. Selain menguntungkan, perniagaan IKS/SME yang dijalankan secara sistem francais dapat membuka peluang pekerjaan bagi mereka yang memerlukannya. Jadi jangan sekali-kali memandang rendah terhadap apa jua jenis perniagaan kerana perniagaan yang kecil mampu menjadi perniagaan yang besar jika diusahakan dengan bersungguh-sungguh.

Tips membuka perniagaan SME jualan minuman ini ringkas sahaja tetapi kejayaan boleh diraih jika kita bersungguh-sungguh dalam menceburi peluang perniagaan ini.

Jangan lupa untuk FOLLOW kami di FACEBOOKINSTAGRAM dan juga SHOPEE