Inspire Beverage Business

CLOSE

Resepi Strawberry Towel Roll Krim Sedap & Mudah

Play Video

Cara Penyediaan

Hi semua. Hari ini admin nak kongsikan Resepi Strawberry Towel Roll Krim Sedap dan mudah. Untuk resepi ini admin menggunakan Serbuk Ice Blended & Milkshake CHOCOLATE untuk Crepe dan STRAWBERRY untuk krim. Walaupun bahan yang digunakan mudah dan tak banyak. Part yang susah sikit adalah memasak crepe dan menggulung crepe. Tapi hasilnya confirm anda puas hati.

📍Cara Penyediaan

CREPE

Step 1- Masukan 2 biji telur dan 40g icing sugar. Putar sampai tiada biji
Step 2 – masukan 260ml susu, 110g tepung gandum (masuk sedikit demi sedikit, 40g serbuk koko/coklat, dan 5g minyak masak. Putar sehingga sebati
Step 3 – Tapiskan adunan dan simpan dalam chiller selama 1 jam
Step 4 – Letakan 1 scop adunan jadikan nipis atas pan hingga masak. Guna api kecil Ketika masak
*Sediakan 3/4 crepe yang sudah dimasak untuk buat Towel roll*

KRIM

Step 1 – masukan 260g whip krim, 30g gula dan 45g serbuk strawberry MIX-LAH (perisa boleh ikut pada citarasa masing-masing). Putar sehingga kembang dan gebu

HIDANG

Step 1 – Letak 3/4 keping crepe diatas baking paper
Step 2 – Sapukan cream tadi diatas crepe dan ratakan. Lipat sisi crepe dahulu sebelum menggulung.
Step 3 – balut dengan plastic wrap dan simpan didalam chiller semalaman.
Step 4 – Hidangkan Towel Roll dengan taburkan serbuk koko/serbuk perisa/serbuk oreo

 📍Siap untuk dihidang. Nak rasa lagi sedap? Makan towel roll dalam keadaan masih sejuk confirm nak lagi !!!

Jangan lupa untuk FOLLOW kami di FACEBOOKINSTAGRAM dan juga SHOPEE