Bahan-Bahan
5 Bahan diperlukan dalam menyediakan Ice Blended Brown Sugar Milk Tea dan 2 Bahan hiasan untuk menampakan minuman lebih lazat
1/4 Cawan Dried Boba Tapioca Pearl
4 sudu serbuk MIX-LAH
1-2 Cawan air
1/4 cawan susu
Ais Kiub secukupnya
Acuan Ais Kiub
Gula Melaka / Perang yang dicair
Cara Penyediaan
Siapa yang tak tahu kelazatan minuman brown sugar milk tea ni. Boleh dikatakan minuman ini menjadi kegemaran buat masyarakat dimalaysia. Banyak peniaga kedai minuman mula menjual minuman seperti ini kerana banyak permintaan dari pelanggan. Keenakan air brown sugar milk tea ini membuat anda pasti nak lagi.
Oleh itu, GFB Food mengeluarkan produk terbaru mereka iaitu serbuk Brown Sugar Milk Tea yang pasti buat anda tidak sabar nak mencuba.
Di sini admin kongsi kan resepi Special Ice Blended Brown Sugar Milk Tea
📍Cara Penyediaan:
- Tuang dua cawan air untuk kapasiti 1/4 boba tapioca pearls.
- Panaskan air sehingga mendidih dan masukkan boba kacau sehingga terapung
- Rebus boba sehingga 10 minit kemudian tutup api, tutup periuk dan biarkan sehingga 10 minit.
- Tapiskan boba dari air rendaman tadi dan biarkan seketika
- Kisar Ais bersama serbuk MIX-LAH Ice blended & Milkshake Brown Sugar Milk Tea serta air 50ml sehingga sebati dan biarkan seketika.
- Masukan boba tapioca pearl yang ditapis tadi kedalam gelas/cawan
- Tuang perlahan-lahan Ice blended tadi kedalam gelas / cawan
- Tuangkan sedikit susu segar untuk mendapatkan rasa yang lebih TERANGKAT !!!
- Hidangkan bersama Acuan Ais Kiub dan beberapa sudu gula perang yang dicair mengikut citarasa anda (optional tak nak letak pun boleh)
- Sedia untuk diminum
*boleh cuba untuk buat makan / buat niaga pun boleh. semoga bermanfaat untuk semua. Selamat mencuba.
Jangan lupa untuk FOLLOW kami di FACEBOOK, INSTAGRAM dan juga SHOPEE