Inspire Beverage Business

CLOSE

Resepi Salted Cheese Blueberry Tea

Play Video

Pernah cuba minuman yang letak cheese? mesti xpernah kan? mesti dalam fikiran korang fikir sedap ka letak cheese dalam minuman? Belum cuba belum tahu tau. Admin da cuba resepi ni memang sedap dan sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Bagi peminat cheese anda patut cuba resepi ini dan anda pasti teruja dengan keenakan cheese bersama minuman feveret anda. Resepi ini juga sesuai untuk anda lakukan bersama anak-anak ketika hujung minggu.

Di sini admin kongsi kan Resepi Salted Cheese Blueberry Tea / Ice Coffee Mocha Drink *Resepi siap dalam 10 minit! * dengan menggunakan produk  Ice Tea dan Ice Blended and Milkshake powder by Mix-Lah.

(Credit to: https://www.3thanwong.com/)

Bahan-Bahan

6 Bahan diperlukan dalam menyediakan Salted Cheese Blueberry Tea (Portion Kecil)

Cara Penyediaan

📍 Cara Penyediaan

– Masukkan cream cheese ke dalam mangkuk kosong, hancur dan kacau sampai lembut.
– Tambah gula ke dalam cream cheese dan putar hingga sebati.
– Masukkan susu, pukul hingga sebati .
– Putar adunan sampai berbuih. Letak tepi.
– Masukkan whipping cream ke dalam mangkuk kosong.
– Putar hingga kembang dan gebu.
– Masukkan adunan cream cheese ke dalam whipping cream.
– Pukul adunan hingga sebati dan berbuih.
– Masukkan secubit garam. Simpan dalam chiller. Siap Salted Cheese Topping.
– Kemudian Letakkan Salted Cheese Topping di atas minuman sejuk/iceblend (seperti chocolate, blueberry tea,kopi). Siap dihidang.
(Hidangkan dengan minuman pilihan anda, rasa cheese berkrim yang sedap betul )
 
*boleh cuba untuk keluarga atau buat niaga pun boleh. semoga bermanfaat untuk semua. Selamat mencuba.
 

Jangan lupa untuk FOLLOW kami di FACEBOOKINSTAGRAM dan juga SHOPEE