Puding adalah antara kuih muih yang kerap disediakan bagi golongan yang bekeluarga. Bila ada banyak masa terluang ataupun cuti hujung minggu , pasti sang isteri terfikir untuk membuat pemanis mulut pada keluarga tersayang.
Jadi apa kata di waktu Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini , admin kongsi kan Resepi Puding Milkshake Honey Dew by Mix-Lah. Setuju tak?
Resepi Puding Milkshake Honeydew (dari Cik Puspasela)
BAHAN- BAHAN
Lapisan hijau:-
* 8g Jelly Powder – Serbuk Agar-Agar
* 5 sudu besar iced blanded & milk shake GFB
* 750ml Air
* 1 [email protected] 400g Susu Cair
Lapisan Susu:-
* 10g Jelly Powder – Serbuk Agar-Agar
* 750ml Air
* 140g Gula
*1 [email protected] 400g Susu Cair
* Jelly rainbow GFB secukupnya
Cara-caranya :
1. Masak serbuk agar2 dan air sehingga larut.
2.Masukkan susu, kacau sebati
3.Masukkan 5 sudu serbuk iced blended dan milkshake honeydew . kacau sebati
4.biarkan hingga mendidih dan letak kedalam acuan.
5.masak lapisan susu seperti langkah di atas
6.Apabila permukaan lapisan hijau td mengeras sedikit masukkan jelly rainbow.
7.Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan lapisan susu.
8.Biarkan membeku di suhu bilik sebelum masukkan kepeti sejuk.
9.sedia dihidang.