Air Jagung Keladi Viral merupakan minuman yang tidak asing lagi dalam masyarakat kita. Antara minuman viral yang pernah kita dengar seperti Air Jagung Ketagih, Air Jagung Balang, Air Jagung Viral dan macam-macam lagi.
Untuk kali ini, kami ingin berkongsi bersama anda resepi mudah dan ringkas Air Jagung Viral dengan sedikit kelainan iaitu ditambah pula dengan perisa keladi untuk mendapatkan rasa yang lebih unik dan sedap. Admin dah cuba resepi ini dan memang ada rasa kelainannya.
Di sini admin kongsikan resepi mudah dan ringkas Air Jagung Keladi Viral untuk anda semua.
Bahan-Bahan
8 Bahan diperlukan dalam menyediakan Air Jagung Keladi Viral
Serbuk Yam/Keladi
Serbuk Jagung
Rainbow Jelly
Cornflakes
Ais Batu
Susu Segar / UHT
Whipping Cream
Chocolate Rice
Cara Penyediaan
📍Bahan Hiasan:
Rainbow Jelly, Whipping Cream, Cornflakes, Chocolate Rice
📍Cara Penyediaan:
- Masukkan 1/2 Cawan Ais, 1/2 Cawan Susu, 3 Sudu Serbuk Jagung MIXLAH kedalam blender
- Blend semua bahan tadi sehingga rata dan Tuang Kedalam Gelas
- Masukkan Rainbow Jelly kedalam gelas
- Ulang semula masukkan 1/2 Cawan Ais, 1/2 Cawan Susu, 3 Sudu Serbuk Yam/Keladi MIXLAH kedalam blender
- Blend semua bahan tadi sehingga rata dan Tuang Kedalam Gelas yang sama
- Hiaskan Whipping Cream diatas minuman tersebut
- Taburkan Cornflake dan Chocolate Rice diatas minuman sebagai Topping
- Siap untuk dihidang
* semoga bermanfaat untuk semua. Selamat mencuba.
Jangan lupa untuk FOLLOW kami di FACEBOOK, INSTAGRAM dan juga SHOPEE