Inspire Beverage Business

Resepi Kopi Hipster Botol Termantop!

Bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.

Itu sahaja pepatah yang boleh menceritakan betapa popularnya ‘cafe hipster’ dekat Malaysia. Kiri, kanan, atas, bawah – semua buka cafe hipster.

Walaupun konsep ‘cafe hipster’ ni sangat hangat di pasaran Malaysia, bukan senang untuk memulakan bisnes ini. Anda perlu mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai kopi dan cara pemprosennya. Biji kopi yang kurang segar akan hilang perisa dan aroma, sekaligus mengurangkan keistimewaan biji kopi tersebut.

Bukan itu sahaja, anda perlu mengambil tahu mengenai utiliti seperti mesin espresso, aksesori mesin tersebut seperti portafilter dan teknik untuk brew secawan espresso. Last-last bukan cafe hipster yang anda dapat, sakit kepala ada la…

Tetapi, generasi kini sangat kreatif dalam konteks bisnes. Jika membuka sebuah cafe mengundang beberapa isu dan risiko, mereka mempunya alternatif yang sangat mudah untuk dipraktikkan. Mereka memulakan bisnes menjual kopi hipster dalam botol.

Kopi hipster yang dijual dalam botol.

Bisnes kopi hipster botol ni lagi senang dari buka kafe dan menjimatkan kos. Sebabnya?

1. Anda tidak perlu berfikir panjang mengenai kos untuk membuka kedai dan kos untuk upah pekerja. 

2. Anda tidak semestinya menggunakan biji-biji kopi premium untuk menghasilkan sebotol kopi hipster. 

Atas sebab-sebab ini ramai warga Malaysia mula menjual kopi hipster botol, tambahan pula dengan adanya servis penghantaran makananan atas talian (online food delivery service) seperti GrabFood, Foodpanda dan ShopeeFood. Nak buat bisnes sambil layan Mobile Legends pun bisa…

Resepi Kopi Hipster Botol

Banyak je resepi-resepi untuk kopi hipster yang dimuatnaik oleh warganet Malaysia. Masing-masing mempunyai keunikan atau pilihan sendiri dalam pengukuran setiap bahan yang digunakan. Kami pun ada versi kami sendiri dengan menggunakan serbuk kopi segera dan juga menggunakan serbuk MIX-LAH Coffee Series Ice Blended & Milkshake. 

Sebelum itu, kami ingin mengingatkan warganet; resepi ni menghasilkan sebanyak 2 liter kopi hipster atau 5-6 botol yang berukuran 300-350 ml. 

Resepi Kopi Hipster Botol: Serbuk Kopi Instant

2 liter air
50 g serbuk kopi segera
350 ml susu pekat
200 ml susu cair

Cara penyediaan: 

  1. Panaskan 2 liter air dan masukkan 50g serbuk kopi segera, sedikit gula dan creamer. 
  2. Kacau sehingga sebati. 
  3. Tuangkan 350 ml susu pekat bersama dengan 200 ml susu cair dalam bancuhan tadi. 
  4. Kacau dan biarkan seketika sampai bancuhan mendidih. 
  5. Bila bancuhan sudah mendidih, padamkan api dan biarkan bancuhan sejuk. 

Resepi Kopi Hipster Botol: MIX-LAH Coffee Series Ice Blended & Milkshake

2 liter air
300 g serbuk MIX-LAH
200-300 ml susu cair

Cara penyediaan: 

  1. Panaskan air dan masukkan 300g serbuk MIX-LAH Coffee Series Ice Blended & Milkshake. 
  2. Kacau sehingga sebati. 
  3. Masukkan 200-300 ml susu cair. 
  4. Kacau sehingga sebati dan padamkan api. 

Rekomendasi dan Tips

Memandangkan trend gula merah atau ‘gula Aren’ berjaya menawan hati warga Malaysia, anda boleh cuba masukkan sedikit gula Aren dalam bancuhan kopi untuk tambahkan lagi kick dalam kopi anda. 

Cara-cara menyediakan sirap gula Aren adalah seperti berikut:

  1. Masukkan 50-70g gula Aren dalam sedikit air. Air tu biar cukup-cukup je. Jangan lebih sampai tenggelam gula tu (kalau guna yang jenis ketulan).
  2. Masak sehingga gula cair.

Tips lain yang anda perlu ambil tahu adalah; 

  1. Anda perlu mensterilkan (sterilize) botol-botol yand telah anda cucikan.
    • Bagi botol kaca, anda hanya perlu menggunakan air panas menggelegak selama 10 minit.
    • Bagi botol plastik pula, anda hanya perlu menggunakan air panas dan sabun pencuci pinggan sahaja.
    • Sebab utama anda perlu mensterilkan botol supaya kuman atau bakteria yang mungkin ada dalam botol itu mati. Bakteria ini akan menjadi punca utama kopi anda mudah basi. 
  2. Simpan kopi hipster botol di dalam peti sejuk, lagi-lagi kalau yang dah dibuka. 
  3. Elakkan kopi hipster botol dari terdedah terlalu lama pada suhu bilik. 

 

Kopi hipster botol, lagi-lagi yang dibuat di rumah atau homemade, tidak dapat bertahan lama. Mungkin dalam seminggu saja. Kalau yang dah dibuka hanya bertahan selama 2-3 hari sahaja. Menyimpan kopi ini dalam peti dapat melambatkan lagi tamat tempohnya. 

Kos Penyediaan Kopi Hipster Botol

Ramai warga Malaysia mulakan bisnes menjual kopi hipster botol sebab kos penyediaannya lagi murah dari kos untuk membuka satu kedai atau kafe.

Dengan resepi tadi, kami ada juga membuat sedikit pengiraan supaya anda tahu berapa kos untuk menyediakan 2 liter bancuhan kopi hipster.

Menggunakan serbuk kopi segera:

  • Serbuk kopi segera 100 g = RM8-9
  • Botol plastik 300 ml (sebotol) = RM0.50 -RM0.60
  • Susu pekat = RM2.89
  • Susu cair = RM2.90

Dan dengan ukuran dalam resepi tadi, kos untuk 2 liter bancuhan = RM10.65

Manakala, kalau anda menggunakan serbuk MIX-LAH Coffee Series Ice Blended & Milkshake;

  • 1kg MIX-LAH Coffee Series Ice Blended & Milkshake = RM19.00
  • Botol Plastik = RM0.50 – RM0.60
  • Botol Kaca = RM1.00 – RM2.00
  • Susu cair = RM2.90

Berdasarkan resepi tadi, kos untuk 2 liter bancuhan = RM10.63

Nampak tak betapa ‘cost-saving’ kopi hipster ni. Berbanding dengan versi kopi hipster lain, samada kedai tepi jalan atau kafe, ada pemilik bisnes yang melabur sekitar RM2000 dan walaupun dia hanya menjual kopi menggunakan kereta, dia membuat kopi menggunakan mesin espresso dan bahan-bahan yang anda dapat jumpa dalam cafe. Dengan bisnes kopi hipster botol, anda boleh reka semula rasa kopi jalanan atau kopi cafe hipster menggunakan serbuk kopi segera sahaja.

Kata Penutup

Pendek kata, penjualan kopi hipster botol ini sangat sesuai untuk dijalankan bagi yang masih jinak-jinak dalam membuka bisnes. Anda tidak perlu memeningkan kepala untuk menghitung setiap kos, seperti kos overhead, dan hanya fokus kepada kos bahan untuk menyediakan kopi hipster. Yang paling penting, anda mesti ikhlas dan jujur dalam melakukan bisnes. Jangan main tipu-tipu atau mengambil ringan aspek kebersihan dalam penyediaan. Kalau punca rezeki itu suci, hati pun suci. Hah giteww!

 

Sekian, itu sahaja dari kami. Jumpa lagi!

Apa Itu MIX-LAH?

gfb product 22 sept 2021

MIX-LAH adalah jenama milik GFB Food yang mewakili produk pracampuran seperti ais kisar (ice-blended), susu kocak dan juga manisan seperti puding. MIX-LAH Ice Blended & Milkshake merupakan salah satu produk yang ikonik buat GFB Food. Terdapat lebih dari 30 perisa MIX-LAH Ice Blended & Milkshake yang terdiri daripada beberapa series seperti Chocolate Series, Coffee Series, Fruit Series, Green Tea & Milk Tea Series dan juga Vanilla Series.

Dengan menggunakan pracampuran ini, anda tidak perlu menambak gula atau creamer kerana setiap serbuk MIX-LAH sudah mengandungi manis dan rasa lemak yang mencukupi. Anda hanya perlu tambahkan air dan ais. 

Produk MIX-LAH tersedia untuk pembelian di Shopee, Lazada dan kedai rasmi MIX-LAH.

Untuk mendapatkan lagi informasi dan inspirasi dari kami, kunjungi kami di Instagram, Facebook, YouTube dan TikTok.