Hazelnut Chocolate Ice blended merupakan perisa minuman yang tidak asing lagi dalam kalangan ice blended dan milkshake ini. Boleh dikatakan rasanya seperti ala-ala Nutella membuatkan ramai para perniaga dan café meletakan minuman Hazelnut Chocolate Ice blended ini didalam menu minuman mereka.
Untuk kali ini, kami ingin berkongsi bersama anda resepi Hazelnut Chocolate Ice blended dengan sedikit kelainan iaitu Hazelnut Chocolate Ice Blended bertoppingkan Cheese. Admin dah cuba resepi ini dan memang ada rasa kelainannya.
Di sini admin kongsikan resepi Hazelnut Chocolate Ice Blended Cheese untuk anda semua.
Bahan-Bahan
6 Bahan diperlukan dalam menyediakan Hazelnut Chocolate Ice blended Cheese
Serbuk Hazelnut Chocolate
Chocolate Rice
Cheese
Ais Batu
Susu Segar / UHT
Chocolate Syrup
Cara Penyediaan
📍Bahan Hiasan:
Cheese, Chocolate Rice, Chocolate Syrup
📍Cara Hazelnut Chocolate Ice Blended Cheese:
1. Masukkan 1 Cawan Ais, 1/2 Cawan Susu, 3 Sudu Serbuk Hazelnut Chocolate kedalam blender
2. Blend semua bahan tadi sehingga rata
3. Hiaskan Cup dengan Chocolate Syrup
4. Masukan Hazelnut Chocolate Ice Blended kedalam Cup
5. Parutkan Cheese dan Taburkan Chocolate Rice diatas minuman sebagai Topping
6. Siap untuk dihidang
* semoga bermanfaat untuk semua. Selamat mencuba.
Jangan lupa untuk FOLLOW kami di FACEBOOK, INSTAGRAM dan juga SHOPEE