Inspire Beverage Business

Search

Resepi Dadih Boba Milk Tea Mudah dan Sedap

Bahan-Bahan

7 Bahan diperlukan dalam menyediakan Dadih Boba Milk Tea

serbuk-agar2

10g Swallow Globe Brand Clean Agar-Agar Powder

water-jug

550ml Air

brown-sugar-milk-tea-powder

5 sudu serbuk Brown Sugar & Milk Tea MIX-LAH

gula

Secubit Garam

susu

125ml Susu

brown-sugar-syrup

1 cawan brown sugar yang telah cair

dried-tapioca

Boba Pearl Secukupnya

Cara Penyediaan

Fenomena Minuman Boba Milk Tea ini dapat menarik citarasa rakyat Malaysia. Hampir semua minuman terkenal yang menjual minuman Boba Milk Tea ini seperti Tealive, Xing Fu Tang, The Alley, dan lain-lain lagi dipenuhi pelanggan yang suka akan minuman ini. Untuk kali ini bagi memperkenalkan produk baru kami Serbuk Brown Sugar Milk Tea admin ingin menyediakan Dadih Boba. Sekali makan pasti nak lagi.

Di sini admin kongsi kan Resepi Dadih Boba Milk Tea dengan menggunakan produk Ice Blended and Milkshake powder by MIX-LAH

📍 Cara Memasak

Lapisan 1
1. Rebus 5g serbuk agar-agar, 500ml air dan serbuk Brown Sugar & Milk Tea MIX-LAH sampai mendidih dan larut sepenuhnya
2. Kecilkan api. Masukkan garam dan kacau lagi hingga rata
3. Padamkan api. Biar adunan menjadi suam dan sejukkan pada suhu bilik.
4. Masukan adunan tadi kedalam bekas dadih dengan sukatan 3/5 dari bekas dadih dan sejukan seketika

Lapisan 2
5. Rebus 2g serbuk agar-agar, 50ml air dan susu sampai mendidih dan larut sepenuhnya.
6. Padamkan api. Biar adunan menjadi suam dan sejukkan pada suhu bilik
7. Masukan adunan tadi bersama boba pearl kedalam bekas dadih yang telah diisi dgn lapisan 1 dadih dan sejukan didalam peti ais selama 1/2 -1 jam.
8. Hidangkan dadih boba bersama sos brown sugar untuk lebih enak.

*boleh cuba untuk keluarga atau buat niaga pun boleh. semoga bermanfaat untuk semua. Selamat mencuba.

Jangan lupa untuk FOLLOW kami di FACEBOOKINSTAGRAM dan juga SHOPEE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *