Inspire Beverage Business

Search

Resepi Aiskrim Malaysia Durian Rainbow

Play Video

Aiskrim Malaysia, sebut sahaja aiskrim malaysia pasti ramai terbayang akan kesedapannya, ada yang manis lemak berkrim disukai ramai, ada yang rasa manis buah, dan ada jugak rasa masam-masam manis. Boleh dikatakan aiskrim malaysia ini terdapat pelbagai pilihan rasa yang pasti memenuhi citarasa rakyat malaysia samada yang muda mahupun tua.

“Ni kali ke 2 beli Serbuk Ice Blended & Milkshake #mixlah perisa durian untuk buat aiskrim.. sedap…Budak-budak suka makan.. Murah dari kedai yang lain… Aiskrim Durian Rainbow” Feedback dari salah seorang mak cik yang buat aiskrim malaysia perisa durian rainbow.

Disebabkan sekarang adalah musim durian admin nak share dekat korang semua resepi Aiskrim Durian Rainbow yang pasti akan menjadi kesukaan korang. Apalagi share atau save post ni, mana tahu ada masa nanti boleh buat dirumah.

Bahan-Bahan

> 3 Cawan Air

> 1 Cawan Susu Cair

> ½ Cawan Susu Pekat

> 1 Cawan Serbuk Mix-Lah Perisa Durian

> 1 Sudu Besar Tepung Jagung Dibancuh 1 sudu besar air

> 2 cawan rainbow jelly

Cara-cara

  1. Masak Air, Serbuk Mix-Lah perisa Durian. Dan susu cair sehingga mendidih
  2. Kecilkan api, masukan bancuhan tepung dan kacau hingga nampak pekat sedikit. Matikan Api.
  3. Biarkan sejuk dahulu pada suhu bilik sebelum di isi kedalam plastic atau bekas ais krim yang sesuai.
  4. Jangan lupa masukan rainbow jelly semasa isi airnya.
  5. Siap simpan dalam peti ais sehingga beku.
  6. Sedia untuk dihidang.

 

Mudahkan nak buat Aiskrim Malaysia?.. Pakai MIX-LAH Jer 

Jangan lupa untuk FOLLOW kami di FACEBOOKINSTAGRAM dan juga SHOPEE