Inspire Beverage Business

CLOSE

Resepi Ais Krim Kek dari SEMINIT RESEPI

Ais Krim Kek boleh dikatakan ramai yang suka kerana rasanya yang tidak muak dan siapa yang tak suka ais krim kan? Boleh dikatakan semua lapisan masyarakat di Malaysia ini tak kira tua atau muda sukakanya. Apapun kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cik Ain atau Host kepada SEMINIT RESEPI kerana sudi menggunakan produk kami iaitu MIX-LAH untuk membuat Ais Krim Kek. Bagi peminat Ais Krim Kek, resepi ini pasti membuat anda teruja. Resepi ini juga sesuai untuk anda lakukan bersama anak-anak ketika hujung minggu.

Di sini admin kongsi kan balik dari Live SEMINIT RESEPI Resepi Ais Krim Kek dengan menggunakan produk Ice Blended and Milkshake powder by MIX-LAH.

Cara Penyediaan

📍Bahan Hiasan:

Racikan Cheese

📍Cara Penyediaan Kek

  1. Satukan kesemua bahan untuk kek kecuali minyak jagung. Pukul hingga kembang
  2. Kemudian masukkan minyak jagung, kacau rata
  3. Masukan adunan tadi kedalam Loyang 6 inci yang nipis dan bakar pada suhu 170C selama 20 minit.

📍Cara Penyediaan Krim Ais Krim

  1. Satukan 1 cawan whipping cream (non-dairy) Bersama 3 sudu serbuk MIX-LAH putar sampai kembang dan kental.
  2. Masukkan adunan tadi kedalam piping bag.
  3. Ulang proses yang sama sekiranya anda menggunakan setiap layer flavor yang berlainan.

📍Cara Penyediaan Sauce Ais Krim Kek

  1. Masukkan Cream Cheese / Mascorpone Cheese kedalam bekas dan masukkan sedikit demi sedikit whipping cream (dairy) kacau hingga sebati

📍Cara Hiasan

  1. Potong kek yang sudah dimasak tadi kepada 3 bahagian
  2. Susun kek dan Krim ais krim tadi secara selang-seli bermula dengan kek dibahagian bawah sekali.
  3. Sesudah Menyusun kek dan Krim Ais Krim tadi, tuang Sauce Ais Krim Cake sehingga menutupi semua lapisan.
  4. Hias dengan racikan cheese diatas Ais Krim Kek.
  5. Sedia untuk dihidang.

 

Jangan lupa untuk FOLLOW kami di FACEBOOKINSTAGRAM dan juga SHOPEE