Perbezaan Pearl Boba dan Popping Boba
1. Bahan Kandungan
PEARL BOBA | POPPING BOBA |
Diperbuat dari Tepung ubi kayu Gula perang Dan air Di jadikan tepung dimasak dan dibentuk bulat untuk menjadi Pearl | Diperbuat dari Sodium Alginate dia adalah jelly agent yg diekstrak dari Brown seaweed Dan Calsium Lactate ia sebenarnya sejenis garam dan selalu digunakan dalam membuat jeruk. Ditambah Jus perasa atau buah buahan pilihan seperti Oren, strawberi, yogurt dan mangga |
2. Texture dan Rasa
PEARL BOBA | POPPING BOBA |
Tekstur nya yang lembut dan kenyal bila dikunyah dan warna hitam berkilat Berbentuk Bulat Tidak punya rasa, oleh itu selalu digaul dengan gula melaka, caramel atau madu untuk memberikan perasa yang manis dan sedap. | warna cantik berwarna warni, tekstur nya lembut bila dikunyah ianya meletup dalam mulut rasa fiesta dalam mulut kita. Berbentuk Bulat Rasanya tak manis sangat dan pelbagai ada yogurt, Oren, strawberi dan macam2 lagi. |
3. Kegunaan topping dan jenis minuman yang sesuai
PEARL BOBA | POPPING BOBA |
Minuman popular yang menggunakan topping ini selalunya Milky Tea dan rangkai minuman berasaskan teh Ice Blended Dan kini ada letak dekat ice cream yang viral macam gula apong ice cream | Minuman popular yang selalu menggunakan ialah produk sparkling drink campuran jus buah buahan dengan soda, Smooties, ice blanded shake perisa buah buahan macam milk manggo dan ice cream yogurt. |
4. Shelf life/ Penyimpanan & Penyediaan
PEARL BOBA | POPPING BOBA |
Pearl boba perlu direndam dan dimasak dengan air mendidih dalam masa 35minit Untuk Pearl boba yang belum dimasak ialah 8 bulan hingga setahun bergantung dengan jenama yang korang pilih. Jika telah dimasak dan disimpan dengan cara yang betul dalam peti sejuk yang baik, Pearl Boba akan bertahan 2 hingga 3 hari sahaja. | Popping Boba terus siap digunakan dalam bekasnya tidak perlu dimasak Selalunya didatangkan dalam bekas nya sendiri dan boleh bertahan dalam setahun. Jika produk dibuka bekasnya, ianya perlu disimpan dalam peti sejuk yang baik, produk ini boleh bertahan selama setahun. |
5. Harga
PEARL BOBA | POPPING BOBA |
Bagi Pearl boba, selalunya di datang 2 berat iaitu 1kg dan 450g. Harga 1kg RM9.45 Harga 450g RM4.50 | Kalo kita lihat harga Popping pearl di shopee selalunya berat 500gram – 3.2kg RM12.90 – RM52.00, harga juga bergantung kepada seller. |
6. Packing
PEARL BOBA | POPPING BOBA |
Selalunya datang dalam paket seal dan vacuum | Dalam bucket macam nata di coco bucket dan bersirap |