Tertiba terasa nak minum cendol Pak Karim Seksyen 9 Shah alam. Tapi disebabkan kekangan masa. So tak dapat la nak merasa cendol Pak Karim.
So alternatif, buat sendiri la cendol dengan menggunakan produk MIX-LAH dari GFB Food ni. Selain kacang merah, tambah pulak dengan Popping Brown Sugar Jelly. Versi Mixlah ni menarik sungguh. Boleh laa korang mencuba nanti ye. Di sini admin kongsi kan Resepi Cendol dengan menggunakan produk MIX-LAH
Bahan-Bahan
6 Bahan diperlukan dalam menyediakan Cendol versi MIX-LAH
6 sudu serbuk MIX-LAH
1 cawan ais kiub
Air Secukupnya
100ml Susu Cair/ Santan
1 cawan Cendol
1 cawan Gula Melaka
Cara Penyediaan
📍Bahan Hiasan:
Popping Brown Sugar/ Kacang Merah/ Jagung dan lain-lain
📍Cara Penyediaan:
- Masukkan serbuk Pandan Coconut Latte, Air Kiub & sedikit Air Masak ke dalam Blender. Kisar sehingga halus.
- Tuangkan Ice Blended Pandan Coconut tadi ke dalam mangkuk/gelas. Masukkan sedikit Susu Cair di atas. (Boleh diganti dengan Santan, ikut citarasa).
- Tambahkan Kacang Merah/Jagung sebagai hiasan/Topping.
- Untuk membuat Air Gula Melaka. Masak terlebih dahulu Gula Melaka/Gula Perang dengan sedikit air sehingga menjadi pekat.
- Tuangkan sedikit Air Gula Melaka ke atas Ice Blended.
- Masukkan Cendol (bahan utama) kalau tak masuk.. tak jadi laa cendol kita.
- Kemudian letakkan Popping Brown Sugar Jelly di atas sebagai Topping.
- Ok, siap dihidang. Selamat Mencuba.
* Popping Brown Sugar Jelly ni sedap.. dia akan popping & cair dalam mulut. terasa kemanisan Brown Sugar/ Gula Perang
Boleh cuba untuk buat makan / buat niaga pun boleh. semoga bermanfaat untuk semua. Selamat mencuba.
Jangan lupa untuk FOLLOW kami di FACEBOOK, INSTAGRAM dan juga SHOPEE