Bahan-Bahan
6 Bahan diperlukan dalam menyediakan Ais Krim Tealive Boba Milk Tea

150ml whip krim

20ml susu pekat

100g serbuk MIX-LAH Brown Sugar Milk Tea

Susu segar/ UHT dipanaskan

1 cawan boba pearl

500ml air
Cara Penyediaan
📍Cara Penyediaan:
-Panaskan susu segar/UHT 100ml, masukkan 100g serbuk MIX-LAH Brown Sugar Milk Tea dan kacau sebati. Masukkan susu pekat dan kacau.
-Putar 150ml whipping cream dalam mangkuk, hingga kembang dan gebu. Masukkan adunan Brown Sugar Milk Tea. Putar sebati.
-Letak adunan dalam container/ plastik. Simpan dalam peti sejuk selama 1 jam.
-Keluarkan Ais krim yang setengah cair, putar sekejap jadikan cair. Simpan dalam peti sejuk. (proses ni akan jadikan ais krim tekstur lembut dan sedap).
-Masak boba dengan 500ml air yang mendidih selama 20min. Tapis dan buang air. Rendam dalam sirup.
-Boleh masukkan ais krim dalam piping bag, picit dalam cawan.Letak boba masak ke dalam dalam ais krim. Siap dihidang.
*boleh cuba untuk buat makan / buat niaga pun boleh. semoga bermanfaat untuk semua. Selamat mencuba.
Jangan lupa untuk FOLLOW kami di FACEBOOK, INSTAGRAM dan juga SHOPEE