Inspire Beverage Business

CLOSE

Cara Buat Aiskrim Tealive Boba Milk Tea cara MIX-LAH (Resepi special sedap dan senang)

Pernah rasa aiskrim Tealive Boba? Kalau belum cuba pergi la kedai-kedai berdekatan yang ada jual Ais Krim Walls. Hehehe.. Syarikat minuman Tealive sekali lagi buat kejutan dengan mengeluarkan produk Ais Krim mereka yang pertama bekerjasama dengan syarikat Walls Malaysia. So setelah admin cuba Ais Krim Tealive tu… admin nak cuba buat Ais Krim  ala Tealive boba Milk Tea ni dengan cara MIX-LAH dengan serbuk Brown Sugar Milk Tea..Di sini admin kongsi kan Resepi Ais Krim Tealive Boba Milk Tea dengan menggunakan produk Ice Blended and Milkshake powder by Mix-Lah.

Bahan-Bahan

6 Bahan diperlukan dalam menyediakan Ais Krim Tealive Boba Milk Tea

Cara Penyediaan

📍Cara Penyediaan:

-Panaskan susu segar/UHT 100ml, masukkan 100g serbuk MIX-LAH Brown Sugar Milk Tea dan kacau sebati. Masukkan susu pekat dan kacau.

-Putar 150ml whipping cream dalam mangkuk, hingga kembang dan gebu. Masukkan adunan Brown Sugar Milk Tea. Putar sebati.

-Letak adunan dalam container/ plastik. Simpan dalam peti sejuk selama 1 jam.

-Keluarkan Ais krim yang setengah cair, putar sekejap jadikan cair. Simpan dalam peti sejuk. (proses ni akan jadikan ais krim tekstur lembut dan sedap).

-Masak boba dengan 500ml air yang mendidih selama 20min. Tapis dan buang air. Rendam dalam sirup.

-Boleh masukkan ais krim dalam piping bag, picit dalam cawan.Letak boba masak ke dalam dalam ais krim. Siap dihidang.

*boleh cuba untuk buat makan / buat niaga pun boleh. semoga bermanfaat untuk semua. Selamat mencuba.

Jangan lupa untuk FOLLOW kami di FACEBOOKINSTAGRAM dan juga SHOPEE