Konjac Jelly atau instant jelly boleh dikatakan minuman topping yang menjadi sambutan bagi penggemar minuman ice blended dan milkshake. Dengan adanya hiasan yang sederhana atau lapisan lain diatas hidangan minuman akan menampakan lagi minuman itu lebih berselera dan luar biasa. Akan tetapi adakah anda tahu apa itu konjac jelly atau instant jelly? Dan apa kegunaan, kelebihan dan jenis-jenis Konjac jelly. So, dekat sini admin nak kongsikan kepada anda apa itu konjac jelly.
Konjac, juga dikenali sebagai glucomannan, adalah ramuan yang tumbuh di bahagian Asia. Ia terkenal dengan pati berkanji, bahagian batang umbi yang tumbuh di bawah tanah. Corm digunakan untuk menjadikan sumber serat makanan larut yang kaya.
Konjac digunakan sebagai pengganti gelatin dan untuk menebal atau menambah tekstur pada makanan. Ia juga digunakan dalam perubatan tradisional Cina. Di dunia Barat, konjac terkenal sebagai makanan tambahan untuk penurunan berat badan dan pengurusan kolesterol.
Disini admin kongsikan dua jenis konjac jelly yang selalu digunakan dalam minuman ice blended dan milkshake
1.Instant Pearl Jelly
Instant pearl jelly atau konjac pearl jelly merupakan jelly yang berbentuk pearl, teksturnya yang lembut dan kenyal seakan boba menjadi pilihan kepada para peniaga untuk menggunakan dalam perniagaan minuman mereka. Ini kerana instant pearl jelly tak perlu dimasak dan boleh terus digunakan, ada peniaga minuman yang guna instant pearl jelly untuk mengganti Boba pearl atau Tapioca pearl yang perlu dimasak & tak boleh simpan lama. Instant Pearl jelly juga dikenali sebagai boba jelly, konjac pearl, konjac boba, konjac jelly, pearl konjac dan lain lain.
Ciri-ciri Instant pearl jelly / Konjac Pearl Jelly
Rasa | Rasa seperti Cincau kenyal. Sesuai ditambah dalam minimum iceblended milkshake berperisa coklat, kopi, vanilla, buah, milk tea. |
Warna | Hitam |
Tekstur | Kenyal dan berbentuk bulat |
Shelf Life | 12 bulan |
Cara Simpan | Setelah dibuka terus simpan didalam peti ais dan tahan sehingga 1 bulan (simpan dalam air gula) |
2.Rainbow Jelly
Rainbow jelly atau konjac rainbow jelly merupakan jelly yang berbentuk kiub, 3 jenis warna campuran (putih, merah, kuning), teksturnya yang lembut dan kenyal dan berperisa nenas manis menjadi pilihan kepada para peniaga untuk menggunakan dalam minuman ice blended dan boba milk tea mereka. Ini kerana instant rainbow jelly tak perlu dimasak , senang disimpan lama, dan boleh terus digunakan sebagai topping atau hiasan pencuci mulut. Rainbow jelly juga dikenali sebagai Q jelly, Rainbow Q jelly, jelly Q Pelangi, Rainbow jelly topping dan lain lain.
Ciri-ciri Rainbow jelly / Konjac rainbow Jelly
Rasa | Rasa seperti jelly nenas. Sesuai ditambah dalam minimum iceblended milkshake berperisa buah, vanilla |
Warna | Warna-Warni (putih, merah, kuning) |
Perisa | Nenas |
Tekstur | Kenyal dan berbentuk kiub |
Shelf Life | 12 bulan |
Cara Simpan | Setelah dibuka terus simpan didalam peti ais dan tahan sehingga 1 bulan (simpan dalam air gula) |
Minuman Topping adalah satu perkara penting untuk menjadikan persediaan minuman lebih senang, jimat masa, jimat kos, dan lebih sedap menarik. Kedua dua konjac jelly topping ini juga boleh diguna dalam pencuci mulut seperti ais kacang, cendol, korea ais, pencuci mulut ais dan lain lain lagi. Oleh itu, diharapkan dengan perkongsian ini memberi manfaat kepada para peniaga yang berniaga bisnes minuman kiosk & makanan kafe dan restoran.
Bagi peniaga yang ingin mencuba topping minuman instant pearl jelly 1kg dan rainbow jelly 1kg, boleh dapat di shopee, Lazada, atau shop gfb sekarang.