
Bulan Ramadhan bakal tiba tidak lama lagi. Anda ingin mencari duit tambahan? Ramai yang mengambil peluang untuk menambahkan duit poket ketika di bulan Ramadhan dengan berniaga sama ada berniaga ditepi jalan, bazar Ramadhan dan mahupun berniaga secara atas talian. Peluang sentiasa ada untuk mereka yang rajin dan bijak mencari kesempatan.
Perniagaan apakah yang sesuai boleh dilakukan ketika di bulan Ramadhan ini? Jangan bimbang, admin telah senaraikan 7 idea perniagaan yang boleh anda cuba di bulan Ramadhan nanti dengan modal yang rendah.
Untuk memastikan anda memasuki pasaran yang betul, berikut merupakan 7 idea perniagaan yang boleh anda cuba pada Ramadhan ini, dan juga petua untuk memaksimakan keuntungan dengan modal yang rendah. Selamat mencuba!
1. Air Balang

Perniagaan Air Balang ini tidak asing lagi semasa dibulan Ramadan, pasti ramai peniaga yang sudah mula mencari-cari idea baru sempena ramadan kali ini. Selain modal yang rendah, perniagaan ini juga boleh menguntungkan jika kena dengan caranya.
Disini admin nak kongsikan sedikit info yang dapat membantu anda dalam menjalan perniagaan air balang sempena Ramadan.
2. Minuman Sejuk yang menyegarkan

Boleh dikatakan apabila bulan puasa tiba, perniagaan minuman yang paling laris terjual. Masing-masing akan mencari air untuk dibeli terlebih dahulu sebagai pembasah tekak dan hilang dahaga apabila berbuka puasa. Anda boleh menggunakan kesempatan sebegini, dengan menjual air. Untuk lebih menarik lagi, anda boleh menjual air dengan perisa lain daripada penjual-penjual air yang lain. Contohnya, cuba untuk mencipta minuman dengan resipi jenama seperti starbuck. Jual dengan harga yang lebih murah tetapi pastikan rasanya hampir sama. Pasti, pelanggan anda tidak putus-putus. Untuk mendapatkan idea minuman-minuman yang best dan menguntungkan anda boleh mendapat resepi disini.
3. Kuih Raya

Sinonim dengan bulan puasa, selepas puasa mestilah raya kan? Haa.. tempahan kuih raya menjadi rebutan bagi para peniaga. Mungkin anda boleh membuat kelainan di mana anda menjual kuih raya tradisional yang dibuat dengan cara tradisional juga. Misalnya seperti kuih bahulu. Kebiasaanya, kuih bahulu zaman kini hanya dibakar menggunakan ketuhar. Rasa bahulu pasti berbeza apabila dibakar dalam ketuhar dengan dibakar menggunakan sabut kelapa. Tidak dinafikan, kerjanya lebih rumit menggunakan cara tradisional dalam menghasilkan kuih “legend’’ ini. tetapi, jika ia memberikan kepuasan dan hasil jualan yang lumayan, mengapa tidak untuk anda mencuba nasib. Dan jangan lupa post setiap aktiviti anda membuat kuih bahulu didalam media social untuk menarik minat pelanggan menempah kuih raya dari anda.
4. Ayam Bakar/ Ayam Goreng

Ayam bakar ataupun ayam goreng akan sentiasa menjadi pilihan rakyat Malaysia. Untuk kelainan daripada yang lain, anda boleh mencuba menggoreng ayam bersama rempah tepung yang lebih rangup dan sedap seperti perniagaan Ayam Goreng RM1. Selain daripada itu, anda juga boleh cuba untuk membuat sos rekaan anda sendiri yang berlainan daripada sos-sos yang tersedia terjual di kedai-kedai. Jika anda berhasrat untuk menjual ayam bakar atau ayam golek, pastikan rempah ratus dan perapan ayam betul-betul rapi supaya rasa ayam lebih enak untuk dinikmati.
5. Hamper Raya

Bukan sesuatu yang baru apabila bercakap tentang hamper raya. Dapat kita lihat sendiri, hamper raya dijual dengan harga yang agak mahal di pasaraya ataupun shopping mall. Sedangkan, item-item di dalam hamper adalah yang kita boleh dapat dengan harga yang lebih murah. Sekiranya anda ingin mencuba idea ini, anda boleh membuat pembelian secara borong. Sebagai contoh anda boleh membeli kuih raya daripada kawan-kawan yang anda kenali dalam kuantiti yang banyak. Dalam situasi sebegini, anda sebenarnya telah dapat mengurangkan sedikit kos dan dapat mendeco dengan gaya anda sendiri untuk menarik minat pelanggan.
6. Gerai Makan Tengah Malam

Di bulan Ramadhan ini, ramai antara kita yang lebih memilih untuk mendapatkan makanan berat atau ringan selepas berterawih. Jangan bimbang untuk berniaga makanan di waktu malam kerana pasti ramai yang mencari makanan ketika waktu tersebut dan ramai golongan muda yang suka makan sahur dengan lebih awal atau tapau untuk makan dirumah. Antara makanan yang boleh anda jual seperti burger, nasi kukus, nasi lemak, satay dan makanan panas.
7. Katering Moreh

Biasanya, masjid-masjid ataupun surau-surau akan mengadakan majlis berbuka puasa ataupun lebih dikenali sebagai moreh. Malah, ada pejabat-pejabat kerajaan ataupun swasta turut mengadakan jamuan berbuka puasa sesame staff yang memerlukan perkhidmatan catering bagi menyediakan juadah berbuka puasa. Inilah masa terbaik untuk anda ambil dengan mempromosikan katering anda. secara tidak langsung perkhidmtan katering anda lebih dikenali dan berkembang.
Bagaimana dengan 7 idea perniagaan dibulan Ramadhan nanti? ianya terpulang kepada anda untuk menceburi peluang perniagaan yang mana satu. Apa pun pilihan yang anda pilih, berniagalah secara jujur, ikhlas dan jangan lupa untuk bersedekah. Semoga bulan Ramadhan ini membawa seribu kemanisan dalam anda mencari duit tambahan dari rezeki yang halal.
Jangan lupa untuk FOLLOW kami di FACEBOOK, INSTAGRAM dan juga SHOPEE