
Ramadan bakal tiba lagi! Bulan yang penuh keberkatan ini semestinya dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam. Selain beribadah, juadah berbuka puasa juga menjadi salah satu perkara yang dinanti-nantikan terutamanya minuman “AIR BALANG“. Air balang merupakan salah satu minuman yang popular dan wajib ada disetiap bazar ramadan di seluruh Malaysia. Disini admin nak kongsikan 5 resepi air balang viral untuk Ramadan 2025 yang pasti akan menyegarkan tekak anda!

1. Air Balang Rose Bandung Sago Gula Melaka
> MIX-LAH Rose Bandung Ice Blended Powder (500g) – RM10.90
> Susu Pekat (2 tin) – RM6.80
> Susu Cair (2 tin) – RM7.40
> Sago (100g) – RM4.30
> Gula Melaka (500g) – RM5.90
> Ais Kiub 5kg – RM3.20
> Air Panas (3L)
TOTAL KOS PER BALANG 10 LITER RM38.50
Cara Bancuh
– Masukan 3 Liter Air Panas bersama 500g Rose Bandung Ice blended
– Tuangkan 2 Tin Susu Pekat & 2 Tin Susu Cair
– Masukan Ais Kiub kedalam Air Balang
– Tuang Air Bancuhan Tadi kedalam Air Balang
– Letak Sirap Gula Melaka dan Sago didalam Cawan
– Siap untuk dihidang!

2. Air Balang Teh Tarik Pandan
> MIX-LAH Milk Tea Ice Blended Powder (500g) – RM12.90
> Susu Pekat (2 tin) – RM6.80
> Susu Cair (2 tin) – RM7.40
> Daun Pandan (100g) – RM1.30
> Gula Melaka (500g) – RM5.90
> Ais Kiub 5kg – RM3.20
> Air Panas (3L)
TOTAL KOS PER BALANG 10 LITER RM37.56
Cara Bancuh
– Masukan 3 Liter Air Panas bersama 100g Daun Pandan
– Tambah Serbuk Milk Tea Ice blended Powder (500g)
– Tuangkan 2 Tin Susu Pekat & 2 Tin Susu Cair
– Tambah 1 Sudu Kecil Garam dan Kacau sehingga Sebati
– Masukan Ais Kiub kedalam Air Balang
– Tuang Air Bancuhan Tadi kedalam Air Balang
– Letak Sirap Gula Melaka didalam Cawan
– Siap untuk dihidang!

3. Air Balang Pistachio
> MIX-LAH Pistachio Ice Blended Powder (500g) – RM13.00
> Susu Pekat (2 tin) – RM6.80
> Susu Cair (2 tin) – RM7.40
> Ais Kiub 5kg – RM3.20
> Air Panas (3L)
TOTAL KOS PER BALANG 10 LITER RM30.40
Cara Bancuh
– Masukan 3 Liter Air Panas bersama MIX-LAH Pistachio Ice Blended Powder (500g)
– Tuangkan 2 Tin Susu Pekat & 2 Tin Susu Cair
– Masukan Ais Kiub kedalam Air Balang
– Tuang Air Bancuhan Tadi kedalam Air Balang
– Siap untuk dihidang!

4. Air Balang Chocolate
> MIX-LAH Chocolate Ice Blended Powder (500g) – RM12.15
> Susu Pekat (2 tin) – RM6.80
> Susu Cair (2 tin) – RM7.40
> Ais Kiub 5kg – RM3.20
> Air Panas (3L)
TOTAL KOS PER BALANG 10 LITER RM29.55
Cara Bancuh
– Masukan 3 Liter Air Panas bersama MIX-LAH Chocolate Ice Blended Powder (500g)
– Tuangkan 2 Tin Susu Pekat & 2 Tin Susu Cair
– Masukan Ais Kiub kedalam Air Balang
– Tuang Air Bancuhan Tadi kedalam Air Balang
– Siap untuk dihidang!

5. Air Balang Peach Tea Mojito
> MIX-LAH Peach Tea Powder (500g) – RM12.83
> Aiskrim Soda 1.5L (2botol) – RM6.90
> Lemon Slice Kering (20g) – RM0.90
> Blue Lemon Syrup – 0.69
> Rainbow Jelly (200g) – RM2.07
> Ais Kiub 5kg – RM3.20
> Air Panas (3L)
TOTAL KOS PER BALANG 10 LITER RM26.59
Cara Bancuh
– Masukan 3 Liter Air Panas bersama MIX-LAH Peach Tea Powder (500g)
– Masukan Ais Kiub kedalam Air Balang
– Tuang Air Bancuhan Tadi kedalam Air Balang
– Masukan Air Askrim Soda Kedalam Air Balang
– Hiaskan Air Balang Tadi bersama Rainbow Jelly & Lemon Slice Kering
– Siap untuk dihidang!
Tips Tambahan
1. Anda boleh menambah pelbagai bahan lain seperti buah-buahan, daun pudina, atau biji selasih untuk menambah rasa dan aroma pada air balang anda.
2. Gunakan air yang bersih dan tapis untuk memastikan air balang anda selamat untuk diminum.
3. Hidangkan air balang anda sejuk untuk rasa yang lebih menyegarkan.
Semoga resepi-resepi air balang ini dapat memeriahkan lagi juadah berbuka puasa anda dan untuk bisnes di Bazar Ramadan pada Ramadan 2025. Selamat mencuba!
For more information and inspiration, visit us on Instagram, Facebook, TikTok and YouTube.