Inspire Beverage Business

4 Jenis Minuman Iced Tea untuk Perniagaan Minuman Anda

Perniagaan minuman  dikalangan orang muda sudah tidak asing lagi. Malahan jualan minuman mereka mendapat keuntungan berlipat kali ganda. Dengan adanya media sosial pada masa sekarang ini perniagaan minuman ini mampu untuk diviralkan malah menjadi satu business yang berjaya jika kena dengan caranya. 

Untuk perniagaan minuman ini, minuman yang berasaskan teh adalah yang sesuai selepas perniagaan Kopi Hipster.  Dalam artikel kali ini, admin nak berkongsi 4 jenis minuman iced tea yang popular dan sesuai untuk dimasukan dalam menu minuman perniagaan anda:

1. Lemon Iced Tea

ice tea series-01

Lemon Iced Tea merupakan minuman yang sangat popular terutama dikalangan peminat minuman teh. Ice lemon tea atau nama melayunya teh ais lemon adalah sejenis minuman sejuk yang disediakan dari air teh dan ditambah dengan gula dan lemon. Oleh kerana buah lemon mempunyai aroma yang manis tetapi mempunyai rasa yang masam, minuman ini juga sesuai diminum ketika cuaca panas.

2. Peach Iced Tea

ice tea series-02

Peach Iced Tea merupakan minuman yang sesuai juga untuk dijadikan perniagaan minuman anda. Ini kerana Ice Peach Tea adalah sejenis minuman sejuk yang disediakan dari buah pic dan air teh membuatkan minuman itu mempunyai aroma buah pic yang sedap dan menyegarkan.

3. Strawberry Iced Tea

ice tea series-03

Strawberry Iced Tea atau nama melayunya teh ais strawberi merupakan minuman yang popular dikalangan masyarakat Malaysia. Sekiranya anda pergi ke Cameron Highland mesti anda akan membeli teh strawberi ini untuk menikmati ketika dirumah. Oleh itu minuman Ice Strawberry Tea ini sangat sesuai untuk diletakan dalam menu perniagaan minuman anda

4. Blueberry Iced Tea
ice tea series-04

Kombinasi Teh dan Blueberry memang xdapat disangkal lagi. Hal ini kerana minuman Blueberry Iced Tea ini sudah mendapat tempat dikalang masyarakat Malaysia dengan rasa Manis Masam buah Blueberry dan Teh meningkat kesegaran dan kesedapan minuman tersebut.

Memang tak dinafikan, banyak sebenarnya perniaga minuman menjual menu yang sama tapi semuanya bersaing dengan sihat dan mereka ni ada peminat yang tersendiri. Seperti mana perniagaan lain, tak dinafikan juga pengaruh media sosial memang kuat, usahawan bisnes sebegini memang kerap memuat naik status perniagaan mereka, penambahan atau perubahan menu serta promosi bulanan.

Dan disitu juga lah pelanggan dapat berinteraksi secara virtual dan memberikan komen mereka mengenai menu mahupun service supaya usahawan muda ni boleh menambah baik mutu perniagaan mereka dan terus berkembang.

Untuk mendapatkan serbuk instant teh buah MIX-LAH ini anda hanya perlu klik disini

Jangan lupa untuk FOLLOW kami di FACEBOOKINSTAGRAM dan juga SHOPEE