Inspire Beverage Business

Search

3 jenis bisnes yang anda boleh buat dari rumah masa PKP

Ketika PKP 2.0 dah bermula, ramai yang dah mula work from home, dan ramai juga yang terjejas pendapatan dan  bercadang ingin tambah sumber pendapatan semasa PKP 2.0. So, berdasarkan video diatas jiha ada kongsi yang bisnes makanan dan minuman adalah bisnes yang sangat sesuai ketika norma baharu ini dan tambahan lagi bisnis makanan dan minuman ini tergolong dalam essential yang bermaksud dibenarkan beroperasi ketika perintah kawalan pergerakan.
 
Disini admin ingin berkongsi dengan korang 3 Jenis Bisnes yang korang boleh buat dari rumah dan Kos nak mulakan bisnes ini pun xperlu modal yang besar sebab sebahagian peralatannya korang dah ada di rumah.
bisnes-kek
 

1. Bisnes Bakeri

Bisnes Bakeri boleh dikatakan bisnes yang tak perlukan modal yang besar dan sangat sesuai untuk memulakan perniagaan ini. Kalau korang perasan banyak iklan dan gambar yang dikongsikan di sosial media seperti Facebook & Instagram tentang kek dan pencuci mulut yang menyelerakan seperti cheese kek, cupcake, brownies dan macam-macam lagi. Ini menunjukan betapa ramainya peminat kek dan pencuci mulut di media sosial. Korang tak tahu macam mana nak baking? Jangan risau sekarang ini dah banyak tutorial nak buat kek dan pencuci mulut di laman sesawang youtube, macam-macam resepi mereka kongsikan tapi yang paling penting PRACTICE MAKE PERFECT!
 
bisnes-aiskrim-malaysia

2. Bisnes Aiskrim

Bisnes Aiskrim atau lebih dikenali Bisnes Aiskrim Malaysia atau Ais Ikat memang best dan modal yang sangat kecil. Untuk memulakan perniagaan Aiskrim Malaysia ini ketika zaman perintah kawalan pergerakan 2.0 korang boleh start promote didalam group whatsapp jiran-jiran taman, flat atau apartment, group membawang atau macam-macam lagi group whatsapp, facebook, wechat dan telegram. Sambil borak kosong tu selitkan bisnes aiskrim malaysia korang pasti ramai yang berminat. Nak lagi sedap aiskrim malaysia korang tu pakai ja serbuk MIX-LAH confirm ramai yang repeat nak lagi aiskrim malaysia korang.

Kos AisKrim Malaysia

  • Plastik Bag ais ikat RM4 (100pcs)
  • Serbuk Mixlah 1kg RM18-20 (boleh buat 40-50 batang)
  • Susu cair/pekat RM4 (1tin)
  • Air 3-4liter RM0.20
  • Elektrik (peti sejuk & lain) RM3
  • *Rainbow Jelly optional RM9
  • Total kos= RM38.80 (Kos sebatang aiskrim malaysia RM0.77

Jualan harga aiskrim malaysia:

  • RM1.50 sehingga RM2.00 sebatang
  • Kombo Flavor RM10 untuk 5-6 batang
  • Untung RM0.73-RM1.30 sebatang
bisnes-ais-blended-2

3. Bisnes Ice Blended dan Milkshake

Bisnes Ice Blended/ Milkshake ini pun sangat famous dikalangan rakyat malaysia. Kalau kita perasan ramai yang jual di food court, cafe, tepi jalan, pasar malam, pasar pagi dan juga merupakan trend minuman sekarang seperti minuman air ala-ala tealive, bubblebee, coolblog dan lain-lain lagi. 

Kos Ice Blended/Milkshake

  • Blender RM160 (heavy duty boleh kisar ais)
  • Serbuk Ice Blended (1kg untuk 30-40 cawan kecil) RM18/kg x 5 perisa= RM90
  • Whipping Cream RM16 (aerosol)
  • Coklat Tabur RM3
  • Cawan Kecil RM15 (100pcs)
  • Cawan Besar RM15 (100pcs)
  • Straw RM3 (100pcs)
  • Ais batu (baby ice) RM4
  • Total Kos=RM326
  • Kos 1cup kecil RM1.20
  • Kos 1cup besar Rm1.80

Jualan harga Ice blended/Milkshake:

  • RM3 hingga RM5 secawan (ikut size cawan, kalau ada syrup dan topping harga lain)
  • Untung RM 1.80-RM3.20 Secawan
So, macam mana? menarik kan? mudah bila korang da tahu kira kos dan bisnes yang sesuai semasa norma baharu ini. Semoga kes Covid-19 semakin menurun dan negara kita kembali pulih dari segi kesihatan rakyat & juga ekonomi.
 
Jangan Lupa Tag & Share Pada Kawan2 Korang ye. Jangan lupa untuk FOLLOW kami di FACEBOOKINSTAGRAM dan juga SHOPEE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *